Watak bukan pemain

Watak bukan pemain (bahasa Inggeris: Non-player character), seringkali disingkatkan dan disebut sebagai NPC sahaja, ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada watak yang dikawal oleh gamemaster dalam sebuah permainan video berperanan. Dalam penggunaan yang merujuk kepada mana-mana judul permainan video, seorang NPC merupakan salah satu watak daripada program, dan tidak dikawal oleh manusia.